Loading

Kamis, September 18

Ubat gugur janin dan kandungan?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Mengucap panjang aku bila tengok di facebook and twitter ramai yang sebarkan satu profile facebook yang menjual ubat gugur janin dan kandungan. Ya! ubat  gugur janin! jadi makna dia dekat sini makhluk tak berperikemanusian ini membantu golongan yang tidak mampu / tidak mahu / tidak perlu kan anak yang  dikandung begitu?

Takut betul aku dengan orang zaman sekarang ini ya, siap beli ubat gugur janin dan berkongsi pula testimonial, siap 'bersyukur' kerana proses pengguguran berjaya ! aduhai sakitnya hati. kita ini bila tengok nasib golongan yang tidak mampu untuk merasa pengalaman itu terasa sedih amat. tapi itulah, semua adalah ketentuanNya siapalah kita untuk mempersoalkan.

kadang bila fikir bayi dibuang dalam tong sampah, dalam pembentung najis, dalam lubang jamban mungkin ok juga ubat ini dijual ya? tapi itulah kalau taknak mengandung, jangan main dengan jantan !


Selasa, September 16

Es denesor

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Jika di kedai mamak , minta milo ais tabur. Jika di kedai indonesia , minta es denesor.

Buat masa sekarang , seorang liyana lunia adalah penggemar milo ais tabur. Kemana sahaja restoran pasti milo ais tabur yang jadi mangsanya. Walaupun tahu tak elok minum serbuk milo begitu takut appendiks tapi still degil sangat

Emak dah bising , tapi masih...

Milo ais tabur ❤

Minggu, September 7

Coca-cola menghilangkan karat !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Selamat pagi awak. Jadi awak mesti pernah tengok video viral di facebook dimana air coca-cola yang kita minum setiap kali beli popcorn di GSC atau TGV sambil menonton wayang atau set happy meal di mcdonald boleh menghilangkan karat ! Dah tengok ke belum kalau belum cepat pergi google 'coca cola menghilangkan karat' cepat tengok! Jangan jadi orang yang tak pernah tengok kelak anda tidak lah rugi tetapi kasihan lah pada diri sebab tidak pernah tahu keburukan meminum coca-cola itu kan? Jadi pada waktu cuti yang lalu, sewaktu sundate (sunday dating dengan pakwe) saya ada beli sebotol vanilla coke. Baiklah sepatutnya beli coke biasa tetapi teringin angad angad terus kita beli vanilla coke konon nak minum ciked la ahaks! Ciked je nk bagi hilang kerinduan begitu.
Jadi selepas lebih dua bulan penyepit spagheti ini berkarat sebab terendam kita lupa cuci pinggan shawal yang lalu ketika mee goreng dan mihun goreng menjadi santapan tetamu yang datang jadi masa ini lah sesuai untuk menghilangkan karat di penyepit itu !
Maka , saya kepilkan gambar ketika merendam penyepit ke dalam air vanilla coke 500ml dan gambar kemudian selepas menggosok karat dengan air coca-cola iteww

Rabu, September 3

Rare wedding dress by Angelina Jolie

So hello Jolie and Pitt. Tahniah akhirnya engkorang berkahwin juga selepas bermadu kasih sehingga melahirkan 3 orang anak tulen dan 3 orang lagi anak tidak berapa tulen tetapi saya tetap kagum dengan sikap penyayang mereka. adakah saya seorang sahaja yang kagum? anda ? apa kata anda pula? anda tidak kagum kah? 
 Lakaran kartun di wedding dress dan veil jolie ini semua adalah angkara 6 anak kesayangan beliau, Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, and 6-year-old twins Vivienne and Knox . dan Donatello Versace telah mengabadikan atau mengabdikan lakaran itu didalam bentuk wedding dress.

 ya, kalau kita lihat baju dirosakkan anak-anak pasti salah seorang anak akan dirotan, di herdik, di pukul, di maki. begitulah kasih ibu pada anaknya. ayuh contohi jolie #sisinsaf

Senin, September 1

The Versatile Blogger Award

Agaknya sudah lebih 2 dekad(okay tipu, ini tipu pelis dont percaya me , me not so old to main the blog LOL) tidak bermain tag-tag ini apabila diberi kesempatan ini tergamam juga kerana terus menerus tiga orang gadis manis ini meng-tag seorang liyana lunia yang lemah longlai, bersopan santun amalam mulia. jika anda tidak mengenali saya, ini lah masanya untuk kita saling mengenali ahaks!

Seorang liyana lunia aka Nora Danish telah di tag oleh tiga orang makwe. Terima kasih awak-awak ekrana memberi kesempatan untuk saya menerima award yang menawan ini ahahahaks.

Syarat :

- Thanks to the person who gave you this award
- Include a link to their blog
- Select 15 blog / blogger you've discoverd / followed regularly
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
- Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

Jadi sebelum saya menyerahkan award ini kepada 15 orang yang bertuah, ayuh kita senaraikan 7 perkara menarik atau tidak berapa menarik tentang Liyana Lunia yang cute ini ahaks


  1. Seorang pendiam, tetapi jika sudah sejam dua bersama boleh jadi orang paling gila dalam sejarah perkenalan awak dan saya. Ya! saya boleh mebuatkan anda gila, dan menyayangi saya dalam sekelip mata kahkahkah
  2. Mempunyai berat yang melebihi sepatutnya. lengan pun dah macam kayu balak tetapi masih kekal mencintai makanan . kenapa saya makan banyak makin gemok tetapi awak makan banyak tak gemok-gemok. tak adil tahu tak!!!!
  3. mudah terasa hati. walaupun saya seorang yang ceria dan cute tapi saya mudah terasa jika anda tertinggi suara atau termengata mengenai saiz badan atau terambik bahagian makanan saya memang saya terasa lah sampai bebila saya ingat tau! kahkah
  4. tidak romantik langsung kasihan bakal suami mempunyai bakal isteri yang begitu garang dan cute seperti saya. tak romantik macam takkan la dapat kad-kad cinta tetapi awak untung lah tidak perlu balas ayat-ayat cinta :')
  5. Sekarang sedang mengganggur. mencari pekuang untuk bekerja tetapi banyak requirement nak berbahasa cina. menyesal pula saya tidak masuk sekolah cina zaman belajar di darjah 1 T______T
  6. berumur 25 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga pada 2015. insyaAllah
  7. nama manja dikalangan temen temen adalah yiying. emak tanaya kenapa yiying, nak explain detail terlalu complicated pula maka ringkasan dia bermula dengan nama pendek Yana jadi Ynn kemudian jadi YIYING. ok dah
jengjengjeng! sekarang siapa pula lucky 15 yang terpilih? ayuh mulakan dengan

Jumat, Agustus 29

Arbutin strawberry soap Thailand

oleh kerana merasakan muka dah putih semulajadi selepas memakai pencuci muka dan pelembap muka yang membuatkan kulit muka ku nampak sekata didalam gambar tanpa perlu menggunakan camera tiga enam kosong tapi cerita pasal pencuci muka dengan pelembap tu nanti kita cerita next entry occay!
Tiba-tiba bila tengok muka putih tangan gelap rasa macam bersalah, gelisah betul hati bila terpandang tangan yang terbakar itu . keluar rumah pakai baju lengan panjang tetapi bila leka driving tiba-tiba sahaja baju lengan sudah ke siku. Kahkah tekanan betul saiaaa, awaaa! Jadi kita cuba lah sabun strawberry yang berharga RM15 sebiji dari instagram _akiddd dan pabila beli banyak dapat free gift occay! yuhuhuuu (kita beli 3 dapat 1 biji lagi) ahaks.

Masalah utama gadis berbadan cute ni apabila peha berlaga-laga lalu melecet dan menggelapkan keadaan disitu. Tekanan tahu tak ! Jadi selepas beberapa minggu kita nampak perubahan ketara dekat tuuuut ! Yey! Namun dekat tangan macam biasa masih belum tahap amoi lagi. Masih sawo sawo matang gicewww. Okay lah tu khen daripada muka je putih tangan gelap nanti dihina manusia tidak berakal pula awaaaa!
Tamat.

Kamis, Agustus 28

Murah gilaaa! Too good to be true?

Masalah utama apabila ada masa lapang adalah membuka website deal-deal murah seperti milkadeal mydeal atau groupon (tetibe jadi pon kat belaakang orang lain semua deal...) lalu terliur melihat apa yag ditawarkan. hampir kering air liur ini menitis kerana asyik melihat barangan murah yang ditawarkan, murah bukan sebarang murah ini murah sampai aku garu kepala sambil sangsi apakah ini murah memang wujud dalam dunia ke? aku seorang saje ke yang sangsi... awak tidak sangsi ke?

Semenjak-menjak nak mendirikan rumah tangga ini , semakin liar lah mata ini mencari kalau-kalau dapat menjimatkan kewangan tanpa perlu pembaziran ye lah kahwin sekali seumur hidup takkan lah seumur hidup aku hendak dibebani hutang, jadi dengan itu website deal murah ini lah yang aku cari sekarang

Swiss legend! water resistent! save RM1,038.40 Too good to be true?

casio gold ! save RM45? Too good to be true?
Klaus kobec ! save RM1,913! Too good to be true?
FJORD! SAVE RM3,895.00! Too good to be true?
Ya, boleh percaya ke? aku risau aku bayar RM2++ daripada harga RM19++ tu nanti aku cuma dapat jam pasar malam yang bertali getah ada tepi-tepi tercabut sikit T___________T

Ada tak siapa-siapa pernah beli barang cenggini melalui website deal murah? sebenarnya kita teringat masa zaman praktikal kawan kita beli jam murah cenggini lah harga RM149 macam tu tiba-tiba bila dapat yang cap pasar malam. wuwuwuwuw kita simpati dengan dia. jadi conclusion, kita pergi Jaya Jusco je lah T_____________T

Tamat.

Petua hati anak pada ibubapa

Assalammualaikum.
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain samada kami perasan atau tidak

so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri arwah tok perempuan kami lah sebelah abah mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak.dan saya sendiri akui kesannya makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak samalah ceritanya dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik dan guru saya pesann antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib

kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam  kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali . tak caya try buat solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib  dapat semua waktu lagi baik

sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih

Datuk Fadzilah Haji Kamsah

Selasa, Agustus 26

Color Collection Cream Puff Fairy Cake 3

Selain daripada Lipice sheer color perisa strawberry yang saya selalu guna untuk melembapkan dan memerahkan bibir yang pucat ini, saya juga gemar menyapu lipcream Color Collection Cream Puff Fairy Cake 3 . Rasa seperti aku sedang makan bibir sendiri bila meratakan lip cream ni tahu tak ! Begitu besar dugaan ingin memiliki bibir yang boleh dimakan ini T______T
SO Hello cream puff perisa fairy cake. sudah lah nama cream puff aku ini pula kuat makan manis karang dengan botol-botol ini aku telan baru tahu. Masuk pula berita gadis manis tercekik botol lipcream siap tersebar pula botol tersangkut didalam tekak secara melintang, cepat bayangkan kalau anda tak bayangkan nanti cepat tua tau kahkahkah entah apa gelak pada lawak yang entah apa-apa sediri buat lawak sendiri gelak T_______T

Sebenarnya lipcream ini ada 4 color yang sememangnya menarik tapi yang saya ada baru sebatang lip cream perisa fairy cake 3. mungkinlah apabila sudah tamat tempoh mengganggur saya mahu cuba ke-empat-empat perisa/pewarna/pemanis bibir yang boleh didapati di Watsons terpilih dengan harga Rm19.90 atau kalau beruntung dapat diskau Rm17 macam tu entah saya tak berapa ingat exact price dia :')

Tekstur yang creamy-creamy sedap untuk dijilat memang sesuai untuk gadis-gadis yang tak berapa gemar bibir berkilau-kilau kerana ada jenis lelaki juga geli melihat bibir gadis berkilau-kilau seperti penggunaan lipgloss. kita sendiri pun geli inikan orang lain pula yang menatap bibir mungil ini kan? hmm!
sebelum keluar boleh lah posing dengan lipcream favourite sendiri :')

Jumat, Agustus 22

Senarai nama dan tempat pengebumian mangsa #mh17

Ketibaan 20 jenazah mangsa-mangsa nahas #MH17 akan disambut dengan penuh penghormatan serta istiadat, dikendalikan oleh bahagian istiadat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pagi ini. 20 jenazah yang telah dikenalpasti kemudiannya akan dibawa menuju ke tempat pengebumian masing-masing.
Senarai Nama Jenazah dan Pergerakannya:
1 - Mastura Binti Mustafa
Laluan
KLIA – Lebuhraya Utara Selatan - Tol Senawang – Jalan Seremban – Kuala Pilah – Masjid Al-Taqwa Paroi – Tanah Perkuburan Paroi

2 - Ahmad Hakimi Bin Hanapi
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya Putrajaya – Lebuh Persiaran Perdana – Masjid Putrajaya – Lebuh Precint 20

3 - Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya MEX – Susur Bukit Jalil – Lebuhraya MRR2 – Wangsa Maju (Rumah Jenazah) – Tanah Perkuburan Gombak

4 - Nur Shazana Binti Mohamed Salleh
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE - Lebuhraya Putrajaya – Lebuh Persiaran Perdana – Masjid Putrajaya – Lebuh Precint 20

5 - Dora Shahila Kassim
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya MEX – Susur Jalan Kuchai Lama – Jalan Istana Baru – Jalan Duta – Jalan Samantan – Jalan Damansara – Masjid Al-Taqwa – Jalan Tun Muhd Fuad – Tanah Perkuburan Bukit Kiara

6 - Foo Ming Lee
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya MEX – Jalan Kuchai Lama – Nirvana Sungai Besi

7 - Karamjit Singh Karnail Singh
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya KESAS – Susur Seksyen 20 – Nirvana Shah Alam

8 - Ng Qing Zheng
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya MEX – Jalan Kuchai Lama – Nirvana Sungai Besi

9 - Mabel Anthony Samy
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya MEX – Jalan Kuchai Lama – Nirvana Sungai Besi

10 - Paul Rajasingam Sivagnanam
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya MEX – Jalan Kuchai Lama – Nirvana Sungai Besi

11 - Elisabeth Ng Lyeti
Laluan
KLIA – Lebuhraya Elite – Lebuhraya MEX – Susur Bukit Jalil – Lebuhraya MRR2 – Bulatan Kuari – Xiao En Bereavement

12 - Lee Hui Pin
Laluan
KLIA – Lebuhraya ELITE – Lebuhraya KESAS – Susur USJ – Rumah Mangsa

13 - Angeline Premila Rajandaran
Laluan
KLIA-Lebuhraya ELITE-Lebuhraya KESAS – Susur Banting/Klang – Jalan Ampuan Rahimah – Rumah Mangsa

14 - Ariza Binti Ghazalee
Laluan
KLIA – TUDM Kuching – Jalan Lapangan Terbang – Jalan Tun Jugah – Jalan Tun Razak – Jalan Marikan Salleh – Jalan Tun Sallehuddin – Bulatan Bersik – Bulatan Mahkamah – Bulatan Secso – Jalan Sarawak Golf Club – Jalan Masjid Negeri – Bulatan Semariang – Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan)

15 - Muhammad Afif bin Tambi
Laluan
KLIA – TUDM Kuching – Jalan Lapangan Terbang – Jalan Tun Jugah – Jalan Tun Razak – Jalan Marikan Salleh – Jalan Tun Sallehuddin – Bulatan Bersik – Bulatan Mahkamah – Bulatan Secso – Jalan Sarawak Golf Club – Jalan Masjid Negeri – Bulatan Semariang – Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan)

16 - Mohd Ali bin Md Salim
Laluan
KLIA – IKBN Pagoh – Jalan Pagoh – Pekan Pagoh – Jalan Sengkang – Jalan Kg Raya – Tanah Perkuburan

17 - Hasni Hardi bin Parlan
Laluan
KLIA – Lapangan Padang B Sekolah Tinggi Segamat – Masjid Jamek Segamat - KM185 – 198 Jalan Johor Bahru–Seremban – Tanah Perkuburan Islam Batu 8 , Kampung Paya Luas 85100 Batu Anam Segamat Johor

18 - Noor Rahimmah Mohd Nor
Laluan
KLIA – Lapangan terbang Sultan Azlan Shah – Jalan Persiaran Azlan Shah – Jalan Azlan Shah – Jejantas Jalan Gopeng – Jejantan Pantai Puteri – Jalan Tambun – Jalan Tambun Ampang – Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama Tambun

19 - Azrina Binti Yakob
Laluan
KLIA – Lapangan Terbang Tekah, Taiping – Jalan Tekah – Masjid Al Hidayah Assam Kumbang – Tanah Perkuburan Masjid Al Hidayah, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang 34000 Taiping Perak

20 - Chong Yee Pheng
Laluan
KLIA – Lapangan Sultan Azlan Shah – Jalan Persiaran Azlan Shah – Rumah Mangsa

JALAN2 YG DISEBUT TADI KEMUNGKINAN AKAN JEM, SO KALAU ADA EMERGENCY CUBA CR JLN LAIN

#copypaste



Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove

Masalah rambut yang mudah rapuh dan gugur adalah masalah yang paling membingungkan dan menakutkan kaum wanita, walaupun beliau bertudung. Contoh terdekat , saya. Walaupun saya bertudung, rambut gugur dan melekat pada tudung amat memalukan kadang-kadang kawan tarik rambut tu dari tudung kalau yang nampak itu rakan wanita , tak kisah lah tapi kalau kawan lelaki?
Isteri mana yang tak risau jika suami pula membelai rambut , dan tertarik rambut rapuh kita. Bergompol satu tangan , hey malunyaaaaaaaa kan?!  Saya yang belum bersuami pun malu , saia ta kuad T______T
sesi pendaftaran peserta dan penerimaan kunci bilik - 1 peserta 1 bilik. phew
Oleh kerana itu, Dove Malaysia telah menjemput beberapa rakan blogger dan media untuk menghadiri bengkel Serlahkan Diri Dalam 14 Hari di Putrajaya, Shangri La Hotel . Terima kasih Shangri La dan Unilever Malaysia diatas jemputan dan tempat penginapan selama 2 hari 1 malam yang super awesome .

Bilik tidur yang selesa dan luas untuk seorang peserta amat menenangkan.
Tidak sempat para peserta bersantai dibilik, kami diberi peluang untuk relax dengan urutan di badan dan kepala. ketika ini para peserta diberi pilihan untuk menggunakan Dove Hair Tonic yang super wangi dan menyegarkan. Sejuk saja kulit kepala. Wangi ! Para suami pasti suka dengan bauannya. auwww 

Kemudian 'sharing session' bersama Pn. Aniqah dan Pn.Hanim. Pn. Aniqah berkongsi tips dan teknik untuk mengimbangi hubungan antara keluarga dan pasangan. Sebagai seorang yang merasakan dirinya pengasih dan penyayang, saya telah memilih antara Harmoni, Romantik dan Pengasih & Penyayang. Kasih antara manusia dan haiwan juga memberikan impak positif kepada kita occay!

Pn. Hanim pula berkongsi tips untuk keyakinan diri. Pelbagai game menarik yang disediakan oleh Pn.Hanim antaranya melekatkan kertas A4 di belakang badan, sementara peserta yang tidak pernah kita kenali menulis '1st impression' mereka. bagi seorang liyana pula, beliau memang nampak peramah walaupun belum pernah bertegur sapa YEEEEY!

Sempat bergambar dengan MC pada bengkel kali ini. Nana Mahazan antara artis akademi fantasia yang berjaya dan amat profesional . kelakar sangat nana ! walaupun sakit tekak pada pertengahan bengkel, suara pun tidak keluar tetapi nana tetap menghiburkan para peserta dengan telatah comelnya. nana juga tidak sombong melayan peserta yang suka mengusik dia. ehem! nana ke?

Sesi seterusnya adalah 'pillow talk' dimana Sharifah Shahira dan Yasmin Hani adalah selebriti yang diundang khas untuk berkongsi masalah dan cara untuk membendung keguguran rambut ini Suhainah dan Shariffah Nadia,yang juga sahabat baik.Mereka berdua berkongsi tentang cara mereka mengatasi masalah rambut gugur untuk mengembalikan keyakinan dan ketenangan jiwa.
Dapat bath robe juga ! yey 
sambil berpillow-talk , kita kunyah-kunyah tidbits juga credit @haniehidayah

Selesai pillow talk, pavlova chocolate chip redvelvet dan cekodok sempat melempiaskan impian mereka untuk berenang dan berendam ! bayangkan pukul 10pm dan suasana pula romantik habis. tapi kami dapat berendam sehingga 11pm sahaja. kemudian sambung pillow talk dalam bilik redvelvet ! seronoknyaaa! shangrila hotel memang best , nanti nak honeymoon dekat sini!
Hari kedua bengkel, sebelum pergi menjamu selera mestilah kene selfie dulu di cermin lif. kahkahkah !
Dijamu pula sebelum majlis pelancaran  “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” .  Sangat puas hati dengan buffet dari Shangrila Hotel Putrajaya. memang wajib honeymoon dekat sini nanti. HAHAHA
Yasmin Hani, Nana Mahazan , Ms Ashlee Ng, Personal Care Director, Unilever Malaysia,Suhainah and Shariffah Nadia, Ms.Heng Hui Ling, Brand Manager of Dove Hair, Unilever Malaysia ketika majlis pelancaran kempen“Serlahkan Diri Dalam 14 Hari”.

Para peserta Bengkel “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” yang havoc dan sporting habis. cute betul makcik bertudung merah yang ketot di belakang itew. kahkahkah!
 Mengenai kempen “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” 
Wanita Malaysia kini boleh menyertai kempen tersebut dengan melayari https://apps.facebook.com/serlahkandirimu/.

 Langkahnya termasuk:
  • Selama 14 hari, siapkan satu misi sehari 
  • Kongsi misi yang telah disempurnakan itu menerusi gambar atau kata-kata ringkas 
  • Tayangan video digital akan dicipta untuk peserta berdasarkan misi mereka yang telah disempurnakan selama 14 hari itu. 
  • Untuk memenangi salah satu hadiah, peserta perlu berkongsi video digital peribadi mereka itu di Facebook masing-masing. 
  • Lebih tinggi peluang mereka untuk menang apabila lebih banyak yang dikongsi. 
 Hadiah-hadiah bernilai sehingga RM20,000 menanti pemenang.


Rangkaian harga Dove Hair Fall Rescue System:
 • Syampu 375ml – RM 14.90
 • Perapi 180ml – RM 9.90
 • Tonik Rambut Intensif – RM 32.90

Kamis, Agustus 21

Xiaomi Redmi Note untuk dimenangi

Kalau rasa handphone ditangan tu sudah tidak bermaya dan boleh dibaling anjing, apakata mari sertai saya mencuba nasib memiliki xiomi redmi dari oizoioi.com.my yang bernilai RM600. Hanya Seorang Pemenang dan berwarganegara Malaysia sahaja yang akan dipilih awaaaa! Abang-abang nepal, bangla atau myanmmar dah boleh pergi mereput di balik pintu sekarang T______T

camne cara nak join? Anda cuma perlu ke website ini dan jawap soalan dibawah dengan hati yang gembira, bertawakal dan penuh dengan keyakinana jawap lah 'barack obama' occay! jangan sesekali anda berasa was-was kerana apabila was-was kita tidak digalakkan untuk memasuki contest ini jika kalah kelak takut memakan diri. Oh kemudian jangan lupa masukkan email anda kerana dari situ lah anda akan diberitahu sekiranya handphone lama boleh dicampak ke dalam laut atau tidak.






Bila siti nurhaliza layan kpop


Bila Siti Nurhaliza layan k-pop tetiba Nora Danish pun nak join layan sambil siapkan FYP dia. Ye awak, FYP saya masih belum siap, thesis ke mana projek kemana dah lah kene buat tajuk yang tidak diminati apabila penyelia bagi saya tajuk Taguchi Method dan semua tajuk yang saya beri dia reject retak tahu tak hati ini walaupun hati sebenarnya lembut macam lidah kalau awak tak percaya belah-lah hati awak T______T

Sejak bila pula engkau menjadi Nora Danish ? adakah sejak azali atau sejak menggunakan vanish pembersih kotoran di pakaian anda. Sekali gosokkan kotoran hilang atau sejak Nora Danish mengamuk apabila orang lain terperangkap 1 jam didalam lif atau apa-apa sajalah yang penting apila saya tatap wajah dara 2ne1 ni sebenarnya ada iras saya juga . ya kan? kan? T_________T  ka tidak? ka ya? you rasa camne?

tetiba taknak lah seiras dara takut-takut kak limah balik rumah kecil hati pula apabila terbaca blog saya kerana beliau lebih seiras dengan kak limah sebenarnya kalau berani buat kak limah kecil hati boleh lah saya setia dengan 'dara seiras saya' .

eh diam situ, sekarang saya nak ucapkan selamat kembali berblog kepada siti nurhaliza yang ramping dan juga kakak chika dan anak-anaknya nomenina, iwewes dan yusuf. Marilah kita mengasah kembali skill mengarang dan dikarang dan memusingkan kepala adik-adik yang tekun membaca blog kita KAHKAHKAH