Loading

Selasa, September 23

Preparation : Sewa Dewan area Gombak

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Oktober , November , Disember , Januari , Februari dan 14/3/2015 pun akan menjelma! Ya ampun skeri gilaaaaa weh dah lah banyak benda tak buat lagi. ET pun tak pergi lagi kursus kahwin. CT takpe dia dah pergi awal-awal masa kakak dia nak kahwin dulu. Cepat lah ET !! Nak kahwin ni, nak jumpa imam lagi :')) 

Memula plan nak buat dekat rumah, nikah and sanding tetapi bila fikir dah dua majlis buat dekat rumah and jiran pula hantu(rumah kosong) dan ada yang tak sefriendly orang lain maka pemilihan dewan lebih afdhol T_________T


Sebenarnya tak yakin pun ada dewan sebab selalunya baca review B2B area gombak yang cari dewan mesti kata kene sewa setahun sebelum majlis. Dewan beringin ni pula paling dekat maka memang sentiasa full sahaja. Dan kebetulan bila pergi semalam, tarikh yang kita nak tu sahaja yang masih kosong! Lain-lain dah penuhhh. Awaaaa, saia ta kuaddd T-T Akhirnya confirm dekat dewan :') Dan sedang mencari pakej bajet dewan lengkap. Takutnya, baju pula takda saiz T_______________________________T

Kamis, September 18

Ubat gugur janin dan kandungan?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Mengucap panjang aku bila tengok di facebook and twitter ramai yang sebarkan satu profile facebook yang menjual ubat gugur janin dan kandungan. Ya! ubat  gugur janin! jadi makna dia dekat sini makhluk tak berperikemanusian ini membantu golongan yang tidak mampu / tidak mahu / tidak perlu kan anak yang  dikandung begitu?

Takut betul aku dengan orang zaman sekarang ini ya, siap beli ubat gugur janin dan berkongsi pula testimonial, siap 'bersyukur' kerana proses pengguguran berjaya ! aduhai sakitnya hati. kita ini bila tengok nasib golongan yang tidak mampu untuk merasa pengalaman itu terasa sedih amat. tapi itulah, semua adalah ketentuanNya siapalah kita untuk mempersoalkan.

kadang bila fikir bayi dibuang dalam tong sampah, dalam pembentung najis, dalam lubang jamban mungkin ok juga ubat ini dijual ya? tapi itulah kalau taknak mengandung, jangan main dengan jantan !


Selasa, September 16

Es denesor

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Jika di kedai mamak , minta milo ais tabur. Jika di kedai indonesia , minta es denesor.

Buat masa sekarang , seorang liyana lunia adalah penggemar milo ais tabur. Kemana sahaja restoran pasti milo ais tabur yang jadi mangsanya. Walaupun tahu tak elok minum serbuk milo begitu takut appendiks tapi still degil sangat

Emak dah bising , tapi masih...

Milo ais tabur ❤